Weapons And Explosive Management System (WEMS)

Pengenalan Sistem

Sistem Regulatori Senjata dan Bahan Letupan merupakan inisiatif pihak Kementerian Dalam Menteri dalam menyediakan perkhidmatan secara atas talian untuk perayu membuat semakan permohonan rayuan lesen senjata api dengan lebih mudah, cepat dan selamat. Sistem ini turut memberi kemudahan kepada syarikat berlesen yang menjalankan perniagaan berkaitan bahan letupan piroteknik untuk membuat permohonan mengimport dan mengadakan pertunjukan piroteknik dengan lebih cepat dan mempunyai rekod yang lebih sistematik.